LINTAH; KHASIAT DAN KEGUNAANNYA
Lintah ialah haiwan anelid
yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air
tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan Oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar
yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun
dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.
Namun begitu, lintah tidak boleh membiak secara sendiri dan masih lagi perlu
mengawan untuk membiak.
Badan lintah terdiri daripada 34 segmen.
Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya, yang
digunakan untuk berpaut pada perumah, sambil mengeluarkan bendalir bius agar
perumah tidak merasa hinggapan lintah dan sakit. Lintah mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat
di keenam-enam segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim
pencegah pembekuan darah dalam sistem darah perumah.
Dalam dunia, terdapat lebih 650 spesis lintah
yang wujud dikawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Kebanyakkan lintah
memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah
ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk
menghisap keluar cecair. Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk
makan.
Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan
dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan
lintah tidak menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya
sehingga kenyang, selepas itu turun untuk menghadam makanan.
Penggunaan lintah dalam perubatan
Mungkin anda telah pun sedia maklum,
penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perubatan
paling lama telah direkodkan. Penggunaannya boleh di dokumenkan sehingga zaman
keunggulan pemerintahan Mesir dan cara penggunaannya adalah secara aplikasi
perubatan yang standard sehinggalah pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi
mengambil alih tugas mereka.
Lintah telah lama digunakan dalam amalan perubatan,
dimana selalu digunakan untuk membuang racun dalam badan manusia, atau
digunakan juga oleh doktor yang percaya banyak penyakit yang berpunca dari “ketidakseimbangan” dalam badan buleh
dirawat melalui pengeluaran darah (Longe 2006).
Lagipun, perkataan lintah (leech) samada
terhasil secara langsung atau dipengaruhi dari perkataan English Kuno dan
lain-lain Bahasa Eropah Kuno seperti Jerman, Irish dan Sweden, lǣce yang bermaksud
doktor (physician).
Hari ini, kegunaan lintah dalam ‘Berbekam’
tidak lagi digunakan sebagai rawatan perubatan, tetapi telah digunakan dengan
tujuan baru, menolong memulihkan pengaliran darah dialam tisu atau anggota
badan yang tercedera. (Longe 2006)
Beberapa dekad yang lalu, penggunaan lintah
perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden.
Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah
sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah
menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan/penyambungan semula.
Dua spesis lintah yang selalu digunakan dalam
terapi perubatan ialah Hirudo michaelseni dan Hirudo
medicinalis. (Longe 2006)
Lintah Hirudo
medicinalis iaitu
sejenis lintah yang berasal dari Eropah yang mana bahan dalam air
liurnya yang mengandungi ‘hirudin’, iaitu sejenis bahan bius
dan anti pembekuan telah digunakan ribuan tahun yang lampau.
Hirudin dan beberapa campuran penting didalam air liur lintah menolongnya
makan. Lintah memerlukan ini bagi mengelakkkan darah tersumbat dan melekat dari
masuk ke mulutnya dan mengelakkan perumah perasan kehadiran lintah. Kandungan
air liur ini juga menjadikan saluran pembuluh darah mengembang dan membolehkan
lintah mendapatkan bekalan makanan yang secukupnya dari perumah.
Air liur mereka yang mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan
bahan kimia, membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat. Faktor
penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga
menunjukkan sebagai bahan antibiotik yang berkesan.
Lintah juga mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila.
Bakteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menghasilkan
bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang mungkin menyebabkan
pembekuan.
Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan
kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon,
lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin.
Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang
berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetik digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.
Kandungan cecair
anti-beku ini (hirudin) dihasilkan dari tisu-tisu H.medicinalis dalam
kandungan yang amat sedikit/kecil. (Longe 2006) Disebabkan kandungan hirudin
yang amat kecil dan sedikit ini, ianya tidak praktikal untuk digunakan dengan
meluas dalam bidang perubatan. Namun begitu, hirudin (dan lain-lain berkaitan)
sekarang ini dapat dikumpulkan semula melalui teknik penggumpulan semula (recombinant
techniques). Dan ini merupakan sebab utama kenapa lintah
kembali popular dalam bidang perubatan semenjak 25 tahun yang lepas.
Lintah terbukti berkesan dalam mencegah Urat
Tersimpul selepas pembedahan yang melibatkan jari, kuku, telinga dan lain-lain
anggota dan berkesan dalam mencegah/memulihkan bengkak. (Longe 2006)
Tahukah
anda?
Seekor lintah mempunyai 15 unsur yang setiap
satunya mempunyai peranan yang berbeza dan saling berhubungan antara satu sama lain.
Antara enzim/bahan aktif dalam lintah dan kegunaannya ialah seperti berikut:-
1.
Hirudin berfungsi menghalang pembekuan darah dalam salur darah (membantu melancarkan
pengaliran darah)
2.
Nitric Oxide, fungsi asasnya menegang permukaan kulit (khususnya alat kelamin
lelaki).
3.
Pheromone berfungsi meningkatkan rangsangan seksual (khususnya wanita).
4.
Histamin berfungsi sebagai vasilidator iaitu pengembangan salur darah (bagus
untuk otot alat kelamin lelaki).
5.
Hysluronidase digunakan sebagai bahan bius.
No comments:
Post a Comment