My LG Oil DAN BAGAIMANA IANYA
DIHASILKAN
MyLG
Oil ialah produk kecantikan dan penjagaan diri yang dihasilkan menggunakan
campuran 3 jenis minyak yang bermanfaat tinggi, mempunyai 1001 kegunaan dan
telah digunakan sejak berkurun lamanya. 3 jenis minyak tersebut iaitu Minyak
Lintah Gunung, Minyak Zaitun dan Minyak Sayur (secara khususnya Minyak
Matahari) dicampur menggunakan formula rahsia yang telah diwarisi
turun-temurun.
Penyediaan
MyLG Oil ini dilakukan secara teliti, bersih dan suci di mana bekalan bahan
mentah, terutama Minyak Lintah Gunung diperoleh dari pengusaha tempatan yang
masih menjalankan pemprosesan secara TRADISIONAL.
Secara tidak langsung, kami menyokong industri desa yang diusahakan mereka.
Kaedah tradisional yang dihasilkan oleh pembuat Minyak Lintah Gunung menjamin
kualiti dan khasiat minyak tersebut sekaligus memberikan daya saing tinggi
dalam pasaran. Namun begitu, akibat dari amalan tradisional ini, bekalan Minyak
Lintah Gunung amat terhad dan sukar bagi kami memenuhi keperluan pasaran yang
semakin meningkat.
MINYAK LINTAH GUNUNG
Minyak Lintah Gunung terhasil dari ekstrak Lintah Gunung. Rupa dan bentuk Lintah Gunung secara amnya sama dengan lintah yang terdapat di sawah-sawah/bendang tetapi saiz mereka lebih besar sedikit. Bezanya mereka hidup di jeram-jeram/lata air terjun di kawasan tanah tinggi. Lintah ini secara amnya memakan lumut-lumut/alga yang hidup dicelahan batu sekitar air terjun/lata. Mereka hidup dipersekiran air yang bersih, sejuk dan masih belum tercemar. Lintah Gunung yang kami gunakan di perolehi di sekitar Kedah dan Perak.
Minyak
Lintah Gunung yang digunakan oleh MyLG Oil terhasil dari LENDIR Lintah Gunung. Lintah-lintah digaulkan bersama isi kelapa
yang telah diparut. Selepas itu, isi kelapa tersebut diasingkan dan
lintah-lintah berkenaan dikembalikan dihabitat asal mereka. (Tidak melibatkan
PEMBUNUHAN lintah dalam proses ini). Proses penyediaan ini rumit dan memakan
masa yang lama. Tidak hairanlah PATI minyak lintah gunung ASLI terpaksa dijual
dengan harga yang tinggi dipasaran.
Khasiat dan Kegunaan Minyak Lintah Gunung
Seekor lintah mempunyai 15 unsur yang setiap satunya mempunyai peranan yang berbeza dan saling berhubungan antara satu sama lain. Antara enzim/bahan aktif dalam lintah dan kegunaannya ialah seperti berikut:-
1.
Hirudin berfungsi
menghalang pembekuan darah dalam salur darah sekaligus membantu melancarkan
pengaliran darah. Menjadika alat kelamin lelaki mencapai ketegangan yang
maksima dan mengelakkan berlakunya Ejakulasi Pra-Matang (tewas awal dalam
perhubungan).
2.
Nitric Oxide, fungsi asasnya menegang
permukaan kulit (berkesan ke atas payu dara wanita dan alat kelamin lelaki).
3.
Histamin berfungsi
sebagai vasilidator iaitu pengembangan salur darah. Baik untuk masalah sakit
urat, sakit sendi, urat tersimpul, lenguh-lenguh badan, sakit belakang dan bagus
untuk otot alat kelamin lelaki.
4.
Pheromone berfungsi meningkatkan rangsangan
seksual (khususnya wanita).
5.
Hysluronidase
digunakan
sebagai bahan bius.
Baca artikel berkenaan Lintah Gunung dan Khasiatnya untuk maklumat
lanjut.
MINYAK ZAITUN
Minyak Zaitun |
Khasiat dan Keistimewaan Minyak Zaitun
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung
Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2).
Allah telah
menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah
zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan
diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana
sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam
Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan
buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun
sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan
manusia sejagat.
Minyak
zaitun atau
adalah minyak yang didapat dari buah zaitun (Olea europaea), pokok
tradisional dari lembah Mediterranean terutama di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Maghribi. Minyak zaitun berasal dari
pokok zaitun yang tumbuh lambat, mempunyai batang berkedut dan kelabu ramping
dengan cabang pecah-pecah. Pokok zaitun boleh tumbuh sehingga 50 meter di
habitat semula jadi mereka dan hidup selama lebih daripada 500 tahun. Buah ini
mempunyai bentuk bulat gemuk dengan warna hijau apabila mentah dan berubah
menjadi kekuning-kuningan apabila sudah mula memasak. Minyak dapat digunakan
untuk memasak, kosmetik, ubat herba, dan sabun, dan juga sebagai bahan bakar
untuk lampu minyak. Manfaat minyak zaitun sangat banyak bagi kesihatan kerana
mengandungi lemak tak tepu yang tinggi (terutamanya asid oleik dan polifenol).
Pelbagai
komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah meruap, komponen
larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun terkandung di dalam minyak
zaitun. Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid
oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik.
Asid oleik
merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55
hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun. Kajian menunjukkan bahawa asid oleik
dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus
untuk bayi dalam kandungan.
Asid
linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang
menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6: Omega 3 dalam minyak zaitun
menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kandungan
peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi
menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif di dalam badan
kita. Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada
menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit. Kualiti sesuatu
minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan peroksida di dalamnya.
Dunia moden
pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah
zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan.
Antara kebaikan dan khasiat minyak zaitun ialah:-
1.
Kaya dengan Vitamin E dan K dan bahan anti-oksidan.
2.
Merendahkan
kolesterol berbahaya di dalam darah - minyak zaitun mengandungi "monounansaturated" iaitu asid
lemak tidak tepu.
3.
Mengurangkan
risiko penyakit kanser khususnya kanser payudara kerana kaya dengan kandungan ‘oleic
acid' yang mampu mencegah pembentukkan sel kanser - Annals of Oncology
(10 Januari 2005).
4.
Mencegah
penyakit jantung – minyak zaitun kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini
mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang
dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk
mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung.
5.
Mengurangkan
risiko penyakit Alzheimer.
6.
Melindungi
sel darah merah.
7.
Mengawal
kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetis.
8.
Mencegah
Osteoporosis - Minyak zaitun membantu penyerapan mineral dan kalsium yang
diperlukan untuk mencegah kemerosotan tulang.
9.
Sebagai
penambah zat makanan
10.
Mencuci dan
membaik pulih perut
11.
Menjadi
penawar racun dengan bertindak sebagai ‘laxative'
dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
12.
Membantu
pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
13.
Bertindak
sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis.
14.
Anti-aging
(meremajakan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit).
15.
Menghilangkan
jerawat/kesan parut jerawat dan jeragat dan melembapkan kulit muka.
16.
Menghilangkan
Artritis, sakit sendi dan sakit lutut.
17.
Mengubati
Penyakit Kulit - Minyak zaitun berkemampuan dalam mengatasi penyakit kulit yang
dideritai antaranya bisul, ruam lampin, gatal-gatal.
18.
Melembapkan
dan melindungi kulit badan keseluruhannya.
19.
Mampu
menyembuhkan kesan terbakar pada kulit.
20.
Menghilangkan
parut dan ‘stretch mark’ – dengan
cara menyapu ditempat berkenaan.
21.
Membantu
melindungi, menyubur dan menyihatkan rambut dan kulit kepala.
22.
Membantu
merawat tumit kaki pecah.
23.
Jika
digunakan untuk menggoreng, minyak tersebut boleh digunakan berulangkali. Tidak
akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah
dari segi warna dan bau.
Menurut
Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda,
" Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu
dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Abu Hurairah
meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan
juga Juzam (kusta)”.
Menurut Imam
Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang
mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang
dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang
belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak
ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses
menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan
lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan
kulit serta melambatkan proses penuaan.
Sumber:
1. Wkipedia
MINYAK SAYURAN (MINYAK
MATAHARI)
Minyak Bunga Matahari |
Minyak sayur yang biasanya terbuat dari bunga matahari, jagung atau kedelai, digunakan sebagai alternatif pengganti lemak yang berasal dari haiwan dan lebih murah daripada minyak zaitun. Dalam penghasilan MyLG Oil, kami menggunakan minyak biji bunga matahari (minyak matahari) kerana mempunyai khasiat dan manfaat yang hampir menyamai minyak zaitun.
Bunga matahari atau heliantus annus adalah tanaman yang
berasal dari Amerika Utara di sekitar Mexico dan merupakan tanaman tanpa musim
yang biasanya dijadikan hiasan diperkarangan rumah. Tanaman ini berbunga kuning
cerah dan selalu menghadap ke arah matahari serta memiliki ukuran yang besar
dibandingkan dengan bunga yang lain. Bunga matahari juga memiliki biji yang
biasanya dijadikan kuaci.
Biji bunga matahari merupakan sumber vitamin
E terkaya, di mana dalam seperempat gelas biji bunga matahari dapat memberikan
90,5% dari keperluan harian vitamin E. Selain dibuat kuaci, biji bunga matahari
juga dijadikan minyak. Minyak yang dihasilkan biasanya berwarna kuning jernih
sampai keemasan. Minyak matahari ini telah lama digunakan oleh orang-orang Rom
dan Yunani kuno untuk perubatan dan juga kecantikan kulit.
Hampir 90% dari lemak pada biji bunga
matahari adalah lemak yang baik, lemak tak jenuh. Biji bunga matahari juga
mengandung lemak monosaturated yang
membantu menurunkan kolesterol total dan kolesterol LDL (kolesterol jahat)
sekaligus meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik). Selain itu, biji bunga
matahari mengandung Vitamin E dan Vitamin B 1 (Thiamin). Mangan, magnesium,
tembaga, selenium, fosfor, vitamin B 3 (Niasin), vitamin B5 (Pantothenic) dan
folat juga dapat ditemukan dalam jumlah yang baik dalam biji bunga matahari.
Antara Manfaat dan Kegunaan Minyak Matahari Untuk Kulit
1. Menghilangkan jerawat - Jerawat biasanya terjadi di bahagian muka
akibat daripada lebihan minyak dan sebum. Minyak dan sebum, yang berlebihan itu
akan berada di dalam folikel di bawah kulit dan terinfeksi oleh bakteria.
Vitamin A, C, D, E dan asid lemak esensial yang terdapat dalam minyak biji
bunga matahari ini akan memberikan lapisan pelindung dan mencegah bakteria ke
kulit. Untuk itu minyak biji bunga matahari ini sangat efektif untuk mencegah
jerawat.
2. Melindungi kulit dari sinar matahari (UV) – kandungannya yang kaya dengan vitamin E
akan mencegah sel-sel yang sensitif pada kulit sehingga tidak akan rosak oleh
sinar ultraviolet dari matahari. Minyak ini juga memiliki kandungan beta
karoten yang bermanfaat untuk meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan
kerusakan pada kulit termasuk kesan kulit terbakar (sunburn) dan kanser kulit.
3. Mencegah penuaan (anti-aging) - Vitamin E yang terdapat pada minyak biji
bunga matahari ini tidak hanya akan melindungi kulit dari kerosakan akibat
sinar matahari, tetapi juga sebagai anti penuaan diri. Penggunaan minyak biji
bunga matahari secara rutin akan dapat mengurangkan terjadinya kedutan serta
membuat kulit kelihatan tetap segar dan lebih muda.
4. Sebagai emolien yang efektif - Minyak dari biji bunga matahari ini
merupakan emolien yang efektit, iaitu dapat menjaga kelembaban kulit. Mereka
yang mempunyai kulit yang kering disarankan menggunakan minyak ini secara
rutin. Selain itu dapat membantu menyembuhkan iritasi dan radang kulit.
5. Mencegah infeksi kulit - Minyak ini juga merupakan sumber yang kaya
dengan asid lemak esensial. Asid lemak esensial ini dapat melindungi kulit dari
infeksi yang disebabkan oleh bakteria menjadikan kulit anda sihat bertenaga.
6. Lain-lain manfaat minyak matahari kepada kulit:
·
Membantu mengurangi bintik-bintik gelap dan
bekas jerawat.
·
Membantu meringankan lingkaran hitam pada
mata
- Membantu melembutkan kulit kasar dan kering
- Dapat digunakan untuk menghapus bekas riasan
- Membantu mata yang lelah agar rileks.
- Menyihat dan menjaga kesuburan rambut.
Lain-lain Manfaat Minyak Matahari
(Diambil Sebagai Bahan Makanan)
1. Menjaga Kesehatan Kardiovaskular (Jantung dan
Pembuluh Darah) - Biji bunga matahari kaya akan vitamin E
yang berperan penting dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Vitamin E adalah
antioksidan yang membantu mencegah oksidasi kolesterol oleh radikal bebas. Jika
kolesterol teroksidasi oleh radikal bebas maka kolesterol akan menempel pada
dinding pembuluh darah dan menyebabkan aterosklerosis (penyumbatan pembuluh
darah oleh plak kolesterol) yang dapat mengakibatkan penyumbatan arteri,
penyakit jantung dan stroke.
2. Membantu Pertumbuhan - Biji bunga matahari merupakan sumber protein yang baik. Protein
sangat diperlukan tubuh untuk membangun otot sehingga sangat baik untuk
pertumbuhan kanak-kanak. 100 gram biji bunga matahari mengandung sekitar 21
gram protein (37% asupan protein harian yang sarankan).
3. Mengurangkan Risiko Diabetes - Biji bunga matahari mengandung asid klorogenat yang membantu
mengurangkan kadar glukosa darah dengan cara membatasi pemecahan glikogen dalam
organ hati.
4. Melindungi Saraf - Vitamin B1 memperkuat lapisan myelin saraf yang berfungsi melindungi
saraf. Kekurangan vitamin B1 dapat menyebabkan kerosakan lapisan myelin saraf
dan mengganggu fungsi saraf.
5. Sumber Antioksidan - Vitamin E yang terdapat dalam biji bungan matahari merupakan suatu
antioksidan yang berperanan melawan radikal bebas sehingga mencegah kerosakan
sel dan mutasi sel akibat radikal bebas.
6. Mengurangkan Risiko Kanser - Biji bunga matahari merupakan sumber mineral selenium yang baik. Selenium
menunjukkan sifat melawan kerosakan sel dan berperanan dalam perbaikan DNA sel.
Selenium menunjukkan kemampuan mengurangi risiko kanser kolon, kanser kandung
kemih dan kanser prostat.
7. Menjaga Kesihatan Kulit - Vitamin E yang terkandung dalam biji bunga matahari juga sangat
bermanfaat untuk menjaga kesihatan kulit. Vitamin E diketahui dapat mencegah
kerosakan sel kulit kerana sinar ultraviolet.
8. Menyihatkan Otak - Biji bunga matahari mengandungi folat yang merupakan nutrisi penting
bagi otak, sehingga menjaga kesihatan otak dan membantu fungsi otak.
9. Menjaga Kesehatan Tulang - Biji bunga matahari kaya akan mineral magnesium dan fosfor yang
diperlukan untuk membangun tulang yang kuat dan sehat.
10. Menyihatkan Rambut - Setiap 100 gram biji bunga matahari mengandung 5,25 mg zat besi (63%
keperluan harian) dan 5 mg seng (45% keperluan harian). Kedua mineral ini
sangat penting untuk menjaga kesuburan rambut.
No comments:
Post a Comment